Laman Web - 10 Kepentingan Luaskan Empayar Bisnes Online

Arus teknologi yang semakin berkembang kini banyak merubah cara kita melakukan sesuatu khasnya dalam menguruskan perniagaan. Tanpa website atau laman sosial, sesuatu perniagaan akan hilang banyak peluang bisnes, hilang bakal prospek yang responsif, bisnes-bisnes kecil tak dapat bersaing dengan empayar yang besar dan Pulangan atas Modal tak dapat dijana dalam masa singkat.

Di bawah Cik Ratu senaraikan 10 kepentingan laman web/website untuk bisnes anda:

 1.       Bakal Prospek Ramai

Dengan kemudahan Internet, senang bagi sesebuah bisnes nak mencari lebih ramai prospek dengan kos yang rendah. Anda juga dapat mempromosikan produk anda ke seluruh Negara tanpa batasan. Bakal prospek juga lebih mudah untuk mendapatkan info mengenai produk anda dengan melawat website anda.

 

 2.       Produk/Servis Terjamin

Dengan adanya website, bukan sahaja dapat bakal prospek yang ramai, malah dapat menjamin produk/servis anda. Sangat berisiko jika anda tak membina website khas untuk produk/servis anda. Kemungkinan orang lain akan menciplak dan mengakui produk yang diciplak itu produk mereka sendiri. Lagi teruk jika pesaing ketat anda yang menciplak produk anda kerana hasil jualan produk anda tu mereka yang kaut. 

 

 3.       Kredibiliti

Jangan timbulkan perasaan ragu-ragu pelanggan anda. Pengguna kini lebih cenderung melawat website untuk mendapat informasi berkenaan produk/servis anda. Ini akan menanam rasa percaya mereka terhadap produk anda.

 

 4.       Beri Informasi

Dengan mempunyai website anda boleh mengesan siapa dan dari mana asal bakal prospek anda. Fokus target audien, cari trafik anda dan kukuhkan kedudukan anda dalam pasaran dengan menggunakan semua ‘Web tools’ yang ada.

 

 5.       Up-To-Date

Website membolehkan anda mengemaskini stok, kongsi berita semasa, mengekalkan informasi tepat bisnes anda, dan menjawab segala persoalan yang diajukan pelanggan-pelanggan. Walaupun anda bukan 24jam online, tapi website anda tetap wujud.

 

 6.       Kos Pengiklanan Rendah

Website bertindak sebagai papan iklan yang akan sentiasa memaparkan sesuatu informasi mengenai produk/servis atau mengenai bisnes anda. Pelawat akan dapat membaca promosi anda setiap kali berkunjung ke website anda. Tidak seperti pengiklanan cetak yang memerlukan anda untuk melabur wang yang tinggi tetapi Pulangan atas Modal yang dijana rendah.

 

 7.       Wujud

Pengguna sentiasa inginkan informasi yang pantas. Dengan adanya website, pengguna-pengguna dapat informasi mengenai produk/servis dan maklumat bisnes tanpa perlu menunggu untuk menghubungi anda pada waktu kerja normal.

 

 8.       Prioriti

Lebih 82%  pengguna-pengguna sekarang mencari informasi sesuatu produk/servis atau maklumat perniagaan  dengan menaip kata kunci di enjin carian seperti Google atau Bing. Penggunaan ‘Yellow Pages’ dah tak relevan lagi. Jika anda tak memanfaatkan teknologi sekarang dalam mengembangkan perniagaan online anda, bakal-bakal prospek akan disambar oleh pesaing-pesaing anda terlebih dahulu.

 

 9.       Perkembangan Pesaing

Cuba anda taip niche perniagaan atau bisnes anda di enjin carian Google atau Bing, dan lihat berapa banyak pesaing yang wujud dalam industri yang anda ceburi. Kaji pendekatan yang pesaing anda buat untuk menarik lebih banyak pelawat melayari laman web mereka. Mulakan perniagaan online anda sekarang untuk bersaing dengan pesaing anda. Pastikan bersaing secara sihat ye.

 

 10.   Informasi Produk

Paparkan informasi menyeluruh mengenai produk/servis anda. Ia membolehkan bakal prospek mengetahui produk/servis dengan lebih lanjut. Bakal prospek biasanya tertarik untuk membandingkan harga, pilihan produk, perbezaan kualiti produk, dan kriteria lain yang memenuhi kehendak mereka. Laman web bukan sahaja dapat memaparkan keunikan produk anda, malah meyakinkan bakal prospek untuk membeli atau mendapatkan servis daripada anda.

 

Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. Cik Ratu sarankan anda bangunkan website sendiri tak kira walaupun untuk perniagaan kecil. Kemaskini website agar ianya up-to-date 24 jam.

 

Internet Marketing - Recommended Websites

Here are some related websites where you can find more great information.

  • Rahsia Subscribers Rahsia bagaimana membina K mailing list cuma dalam masa HARI dan jana duit menerusi Clickbank dan affiliate
  • FB Cash Formula Anda Teruja Nak Letupkan Jualan Anda Melalui Facebook 'Stay Tune' Bersama Kami di Sini AMARAN Jangan PERCAYA apa yang kami...
  • Refererx Mini - Software Tarik Trafik Terkini Refererx Mini Software Untuk Mendapatkan Trafik Ke Blog Website anda dengan mudah Telah berada dipasaran selama tahun Terbukti berkesan
  • Kelas WordPress Kursus Pendek Online Video Tutorial Laman Web WordPress Usahawan Internet dan Affiliate Amazon
  • Bisnes Mainan Versi 2.0- Buat Duit Dengan eBay Panduan Angka Sebulan Dengan eBay Walaupun Secara Part-time - Bagaimana Anda Boleh Menjana Pendapatan Kali Ganda Berbanding RM Iaitu Pendapatan...

Keyword Here - Comments

Lagi Entri Menarik !

Sila masukkan nama dan emel anda untuk langgan update kami yang menarik.